Jumaat, 8 Januari 2010

GURU OH GURU

4hb Januari 2010 merupakan hari pertama aku mendengar taklimat sebelum aku mendapat tempat mengajar.aku berjumpa dgn rakan semaktab,tini, habsah & azian. Kami berlainan kelas semasa di maktab. Kami duduk sebaris mendengar taklimat daripada Tim. Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan. Selepas itu kami disampaikan surat penempatan oleh Tim. Pengarah Pendidikan NS. Lebih kurang pukul 11.30 majlis pun selesai. Aku pun bergegas balik ke Rembau kerana nak ambil kakak (anak sulungku) di taskanya..tapi x sempat sebab aku menempah nametag.Nametag yg dibuat semasa di maktab aku x ingat di mana aku letak. Selepas makan tengah hari n solat aku pun bergerak dgn anak2 n ibu, ayah mencari sekolah yg akan aku mengajar nanti. Aku telah ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Pajam.Lebih kurang 12 km dari rumahku di Nilai.
Sekolah ini mempunyai murid seramai 313 orang n gurunya termasuk aku ada 24 org.Guru Melayu 2 org iaitu Cikgu Rosli Khan dan aku sendiri, Cikgu Norazlina Zainal.Cikgu Rosli Khan telah mengajar di sekolah ini hampir 10 tahun.Kalau dia boleh bertahan sebegitu lama, mengapa aku tidak? Aku menjadikan dia sebagai pembakar semangat untuk aku bertahan di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan