Jumaat, 8 Januari 2010

Guru Oh Guru 2

Aku mengajar subjek Bahasa Melayu tahun 3, 4 dan 5.Aku juga ditugaskan mengajar Pend. Seni Tahun 5 dan Pend. Jasmani Tahun 3. Keseluruhan waktu mengajar aku ialah 29 waktu bersamaan 890 masa.Terlalu banyakku rasa bagi seorang guru baru namun sebagai orang baru aku terpaksa akur dengan tugasan yang diberikan.Ini adalah cabaran buatku sendiri. Aku akan cuba untuk menjadi guru yang baik di kalangan murid-muridku.Doakan semoga aku dapat bertahan dan tabah menempuhi perjalanan ini kerana perjalananku baru sahaja bermula.

Sakit mata

Baru mengajar 2 hari aku telah kene sakit mata.Berjangkit daripada adikku, Shikin.Dia pula dpt drp kwn 1 opis...frustnyer coz rekod dah buruk lak.Nak buat camner kan dah sakit mata, bukannya aku minta pun sakit mataku ini..aku terpaksalah redha n dpt la gak aku berehat di rumah.

GURU OH GURU

4hb Januari 2010 merupakan hari pertama aku mendengar taklimat sebelum aku mendapat tempat mengajar.aku berjumpa dgn rakan semaktab,tini, habsah & azian. Kami berlainan kelas semasa di maktab. Kami duduk sebaris mendengar taklimat daripada Tim. Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan. Selepas itu kami disampaikan surat penempatan oleh Tim. Pengarah Pendidikan NS. Lebih kurang pukul 11.30 majlis pun selesai. Aku pun bergegas balik ke Rembau kerana nak ambil kakak (anak sulungku) di taskanya..tapi x sempat sebab aku menempah nametag.Nametag yg dibuat semasa di maktab aku x ingat di mana aku letak. Selepas makan tengah hari n solat aku pun bergerak dgn anak2 n ibu, ayah mencari sekolah yg akan aku mengajar nanti. Aku telah ditempatkan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Tun Sambanthan, Pajam.Lebih kurang 12 km dari rumahku di Nilai.
Sekolah ini mempunyai murid seramai 313 orang n gurunya termasuk aku ada 24 org.Guru Melayu 2 org iaitu Cikgu Rosli Khan dan aku sendiri, Cikgu Norazlina Zainal.Cikgu Rosli Khan telah mengajar di sekolah ini hampir 10 tahun.Kalau dia boleh bertahan sebegitu lama, mengapa aku tidak? Aku menjadikan dia sebagai pembakar semangat untuk aku bertahan di sini.