Isnin, 25 Mei 2009

ABAH, KEMBALIKAN TANGAN ITA

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar
meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja
bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada
berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga
raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak
kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu
bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah
melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat
kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar
ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya
mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu
rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru
setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar,
berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,
'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah
bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak
tahu... !'

'Saya tak tahu Tuan..! '

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri
lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan!'
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik
lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang
tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya.
Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan
teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul
tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si
bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan
penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia
menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik
calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak
kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu
rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu
rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa
di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu,
si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu
tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap
pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila
dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula
pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap'
kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke
klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya
serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah
menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya
tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu
bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu
meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata
isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran
pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si
anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua
tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah
pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau
jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si
ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah,
sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat
lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak
conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu
mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang
sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan